Sabtu, 14 Ogos 2010

AHLAN WA SAHLAH YA RAMADHAN

Sekarang kita sudah berada dalam bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan pengampunan daripada Allah swt. Semua umat Islam mengetahui kewajipan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Persoalannya di sini adakah kita mempunyai persediaan yang cukup untuk menjalankan syariat Allah ini yang hanya dikhususkan pada bulan Ramadhan. Sama ada dari segi fizikal ataupun spiritual?

Perlu difahami, puasa adalah suatu latihan bukan penyiksaan, penganiayaan dan penindasan malah ia merupakan suatu tarbiyyah (didikan) kepada manusia untuk memantapkan rohani orang islam seterusnya mendapat gelaran Muttaqin iaitu orang yeng bertaqwa. Bulan  seribu keberkatan dan kerahmatan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda yang tidak dijanjikan pada bulan-bulan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan