Khamis, 22 April 2010

Jahiliah Melenium.

Jumpa bayi dalam sampah..dalam sungai...dalam mangkuk tandas...dalam longkang. Apa dah jadi dengan masyarakat Malaysia pada hari ini. Begitulah sering kedengaran di dada-dada akhbar, media cetak dan media elektronik.

Nyawa bayi yang baru lahir, belum mengenal dunia dicampak merata-rata, umpama sampah. Ada yang  menjadi makanan anjing liar. Apa salah bayi-bayi ini?

Zaman Arab Jahiliah memberi gambaran kepada kita betapa sadisnya manusia ketika itu. Mereka membawa ank perempuan yang baru lahir ke tengah padang pasir, kemudian "dikebumikan" hidup-hidup. Mereka berbuat demikian disebabkan kejahilan dan ingin mengelak daripada mendapat malu. Mereka beranggapan anak perempuan akan membawa malu.

Oleh yang demikianlah Nabi SAW diutus untuk menerangkan hati mereka dengan cahaya iman bersama wahyu dari Allah. Menghapus hancurkan tradisi kejam itu dan diganti dengan kasih sayang.

Itu dah jadi sejarah lebih 14 abad yang lalu. Masyarakat dalam kegelapan. Tidak ada panduan agama yang benar.

Ap sudah jadi sekarang? Lebih teruk daripada masyarakat jahiliah..

Mana taknya, kalau masyarakat jahiliah mereka tanam hidup-hidup, tapi sekarang...nauzubillah. Orang yang sanggup mencampak anak mereka di merata-rata tempat..lebih hina daripada masyarakat jahiliah. Nak di katakan ada agama...ada, Islam lagi.

Di samping rasa marah, terselit rasa sedih dan risau. Inikah masyarat moden yang sering di agung-agungkan?Inikah masyarakat bertemadun?

Pesan saya pada diri saya sendiri, sekarang ini tidaka ada sesiapa yang boleh mendabik dada bahawa diri dan keluarga mereka tidak akan mengalami perbutan jenayah ini. ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja..anak-anak kita , saudara kita ataupun adik beradik kita?

Marilah kita bersama-sama berdoa dah berusaha supaya Allah menghindarkan "bala" ini berlaku kepada kita dan keluarga kita serta masyarakat keseluruhannya.

Wallahu `lam.

Jumaat, 9 April 2010

Hadis Qudsi 3

Allah berfirman mafhumnya:

"Wahai sekalian manusia, bersifat qana`ahlah, engkau akan kaya. Jauhilah sifat hasad supaya engkau merasa tenteram dan jauhilah perbuatan haram supaya agamamu menjadi bersih. Dan sesiapa meninggalkan perbuatan mengumpat, lahirlah pada dirinya kasih sayang-Ku; sesiapa yang menjauhkan diri daripada manusia, makaia akan selamat daripada mereka. Dan sesiapa yang sedikit percakapannya, bererti sempurna akalny. Sesiapa yang redha dengan yang sedikit, maka ia mempercayaiAllah Taala."

"Wahai manusia, kamu tidak mengamalkanapa yang kamu ketahui maka bagaimana kamu meminta ilmu yang tidak kamu ketahui. Wahai manusia, beramal di dunia seolah-olah kamu mati esok, dan kamu kumpulkan harta seolah-olah kamu kekal".

"Wahai dunia halanglah ketamakan atasmu, dan carilah kezuhudan padamu, dan jadikanlah engkau sedap dipandang orang-orang yang memandang".

Khamis, 1 April 2010

Hadis Qudsi 2

Allah SWt berfirman mafhumnya:
"Diri-KU menyaksikan sendiri, bahawa tidak ada tuhan selain Aku sendiri, tidak ada sekutu bagi-Ku;Muhammad itu adlah hamba dan Rasul-Ku. Sesiapa yang tidak reda dengan ketetapan-Ku, tidak sabar atas cubaan-Ku, tidak bersyukur atas nikamt-Ku dan tidak pernah merasa cukup dengan pemberian-Ku, maka hendaklah ia menyembah tuhan yang selain-Ku."

"oleh itu, sesiapa berpagi-pagi berdukacita terhadap dunia, maka seolah-olah ia marah kepada-Ku; sesiapa merasa sakit atas sesuatu musibah, maka sesungguhnya ia telah mnyakiti-Ku; sesiapa yang menemui orang yang kaya lalu ia merendah diri di hadapannya kerana kekayaannya, maka sesungguhnya telah hilang dua pertiga agamanya dan sesiapa yang memukul-mukul mukanya di depan orang mati, maka seolah-olah ia mengambil tombak danmnghunjamkannya kepada-Ku; dan sesiapa yang memecahkan dahan kayu di atas kuburan, maka seolah-olah ia telah menghancurkan pintu Kaabah-Ku dengan tanganya."

"Dan sesiapa tidak peduli daripada sumber mana makanan yang dimakannya, maka ia tidak peduli dari pintu mana Allah memasukkannya ke dalam Jahanam. Dan sesiapa yanng tidak bertambah dalam agamanya (ilmu dan pengalaman) msks sebanarnya ia semakin berkurang; dan sesipa yang terus menerus merosot dan berkurangan, maka maut adalah lebih baik baginya.

Sesiapa yanng mengamalkan sesuatu yang diketahuinya, Allah akan memberikan kepadanya ilmu yang belum pernah diketahuinya. Dan sesiapa yang panjang angan-angannya, tidak ikhlas amalnya."