Isnin, 26 Julai 2010

Nisfu Sya'ban 1431

Nisfu Sya'ban kembali lagi. Bermakna tinggal 2 minggu lagi bulan yang penuh keberkatan dan keampunan menyusul iaitu Ramadhan penghulu segala bulan.

Seperti kebiasaan di kebanyakan tempat malam nisfu Sya"ban diraikan dengan majlis bacaan Yasin di masjid, surau mahupun di kediaman masing-masing. Tidak kiralah di mana pun, bagi yang menyedari kehadirannya pasti akan memanfaatkan.

Pada bulan Syaban, kita digalakkan melakukan banyak amalan sunat khususnya berpuasa pada15 Sya'ban sebagai persediaan awal menuju bulan Ramadhan.

Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

Dalam riwayat menyebutkan juga bahawa Nabi SAW lebih banyak berpuasa pada bulan Rejab dan Sya'ban berbanding bulan-bulan yang lain (tidak termasuk bulan Ramadhan). Ini adalah kerana Rejab merupakan bulan Allah, Sya'ban adalah bulan Nabi SAW manakala Ramadhan adalah bulan Umat Muhammad..

Pada malam ini juga buku amalan kita selama setahun yang lepas di angkat ke langit dan digantikan dengan bulu amalan yang baru. Alangkah molek kiranya buku namalan kita ditutup dan dibuka dengan amalan soleh seperti membaca Yasin (membaca al-Quran), solat sunat dan berpuasa sunat pada siangnya.

Pada malam ini juga, kita digalakkan berdoa semoga amalan kita yanmg telah lepas dan akan datang diterima oleh Allah SWT. Insyaallah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan