Khamis, 4 November 2010

Ibu...Bidadari Dari Rumahmu

Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya sendiri: " Para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkah ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?"

Tiba-tiba terdengar suatu suara: " Jangan bimbang. Aku telah memitih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana."

Bagaimanapun bayi itu merasa bimbang den takut untuk menghadapi dunia yang amat acing baginya.
"Di sini syurga apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi den ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia," kata bayi itu datam nada yang cukup sedih.

"Jangan kamu bimbang. Bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum den menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan sernua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini," terdengar sekali tagi suara tadi.

"Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?" tanya bayi itu separuh merintih.

"Bidadarimu akan berbicara kepadamu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran den perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara," Berkata suara itu lagi.

Bayi itu masih tidak puas hati, die terns juga bertanya: "aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?"

"Bidadarimu akan memberikan pertindungan dengan sepenuh jiwa raganya," balas suara itu.
"Tetapi aku pasti akan merasa sedih kerana meninggalkan tempat yng begini indah," rintih bayi itu lagi.

Bidadarimuu akan menceritakan kepadamu segala-gatanya. Dia akan mengajar kamu segala-gatanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ads. Jangan bimbang kerana Bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya, kamu adalah segala-galanya!

Di seat itu suasana menjadi begitu tenang den perlahan-lahan bayi itu bertanya tagi: "Jika aku harus pergi sekarang, bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?
 
"Kamu akan memanggil bidadari bidadari itu...IBU!"

Jumaat, 8 Oktober 2010

APAKAH ITU "ISTIDRAJ"

"Jika engkau bersyukur, maka akan Aku tambahkan (nikmat-Ku), dan jika engkau kufur (ingkar) sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. "(QS. Ibrahim: 7)

IANYA adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhai-Nya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah SAW bersabda "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan AI-Baihagi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah bersertanya dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada jugs orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kits mesti ikut jejak langkah Rasullulah SAW dan berpegang teguh pada ajaran agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang solat 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin-Khamis dan puasa sunah yang lain tak pernah tertinggal. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah jugs. Bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak melakukan perintah Allah, seperti solat dan puasa, apatah lagi zakat dan haji padahal rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak tak tahu lagi berapa akaun yang dia ada, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Yang pasti ketika kehidupan yang serba gah tidak diikuti dengan melaksakan perintah Allah, maka itu pertanda bukan kenikmatan sejati yang diperolehi, melainkan kesusahan dan kesengsaraan yang pada akhirnya akan dirasai. Sifat sombong akan semakin nampak pada diri orang tersebut, tak kiralah sombong kerana harts, pangkat, kecantikan dan lain-lain yang telah ia perolehi. Padahal jika kita nak sombong kerana harts dan pangkat, maka siapalah orangnya didunia ini yang lebih kaya dan tinggi kedudukannya dibandingkan dengan Nabiyallah Sulaiman AS, yang dengan kekuasaan dia menguasai seluruh slam sehinggakan semua makhluk di bumi tunduk padanya hatta jin sekalipun, tetapi is tak sombong, beliau masih bersujud kepada Allah SWT.

Jika kita nak sombong kerana kecantikan, maka siapakah yang lebih canti dari Nabiyallah Yusuf AS yang dengannya mats setiap orang akan tersihir kerana kecantikan parasnya sehinggakan kulit yang terhiris pisaupun tak dirasai oleh orang yang sedang memandang nya. Lalu jika kita sombong kerana kemerduan suara, maka siapa yang lebih merdu daripada suara nabiyallah Daud AS yang dengan suaranya besipun dapat meleleh kerana kemerduan suara beliau, tapi semua tak sombong, mereka adalah orang-orang kuat bersujud kepada Allah SWT.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal tetapi miskin. Mereka lupa bahawa terkadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah saw bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul aelbad).

Demikian pula dengan Anai-anai, semasa ia tidak bersayap, maka ia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak kufur terhadap nikmat Allah, maka azab Allahlah yang sebenarnya is nantikan.

Kisah-kisah yang telah Allah sampaikan melalui kalamNya dan juga melalui lisan nabiNya tentang kisah, Firaun, Namrud dan Qarun boleh menjadi bahan perenungan kitsa bersama . Firaun, nikmatnya yang ia dapatkan tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pemah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum matimati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan, Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakannya.

Demikian halnya dengan Namrud, yang Cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Demikianlah Allah SWT yang Maha Adil memberikan keadilan dalam segala hal, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Bukan kaya semata yang kita cari, apatah lagi bukan pula miskin yang kita-cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Menjadi kayalah dengan tetap bersyukur clan beribadah kepadaNya, berpangkatlah dengan tetap tawadhu dan beribadah kepadaNya, cantiklah dirimu dengan disertai pakaian ketaqwaan pada Allah, dan pandai clan berjayalah dalam apa-apa juga bidang kehidupanmu dengan berpegang dengan tali Allah SWT, dalam keridhaan Allah pada kita.
Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia clan akhirat. Aamiin.

Daripada : Risalah Jumaat (Buletin Assyakirin)
Tarikh : 29 Syawal 1431 H

Rabu, 29 September 2010

Apakah yang tidak ada pada diri kita??

Jawapan kepada soalan ini, masing-masing orang pasti berbeza. Banyak hal yang kita tidak miliki. Orang lain mempunyai rumah, kita masih menyewa. Orang lain ada kereta kita masih berjalan kaki. Orang lain mempunyai parabola kita hanya mampu membeli bola. Orang lain mempunyai piutang kita masih lagi berhutang.

Namun jika jawab dengan keadaan fizik jasmani, untuk pertanyaan tersebut boleh mendapat jawab yang sama.

- Orang punya hati, kita juga punya hati
- Orang punya mata kita juga punya mata
- Orang punya telinga, kita juga punya telinga dan seterusnya

Meskipun sama bentuk pemilikannya, tetapi belum tentu sama cara memfungsikannya. hanya orang-orang yang beriman sahaja yang mampu memfungsikan semua anggota tubuh dan segala sesuatu yang adapa padanya sesuai dengn fungsi yang semestinya.

Perbezaan cara memfungsikannya itulah yang membezakan antara kita dengan orang kafir. Oleh itu Allah berfirman bermaksud

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan daripada Jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai tellinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seprti binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A'raf : 179).

Apakah yang kita miliki?
Kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa. Kita hanya memiliki sementara dengan sijil HAK PAKAI. Kita hanya sebagai khalifah/pengelola yang diberikan kuasa untuk menikmati.
- Isteri/suami adalah hak pakai yang disahkah dengan pernikahan
- Rumah, kereta, sawah,ladang dan semua perabot adalah hak pakai yang disahkan dengan jual beli

Mengapa kita hanya memperoleh hak pakai? Kerana semua itu kepunyaa Allah tidak akan kekal bersam kita. Ertinya dalam menguasainya kita dibatasi waktu. Isteri/suami yang kita cintai akan berpisah dengan kita, kalau bukan dia yang melepaskan kita, kitalah yang akan melepaskannya kembali kepada Allah...dan kita tidak mempunyai daya upaya menahannya.

Kereta, rumah, kedudukan anak dan emua kekayaan juga berpisah dengan kita. Kalau mereka tidak meninggalkan mereka, kitalah yang kan meninggalkan mereka untuk kembali kepada Yang Maha Memiliki.

Wallahua'alam.




Rabu, 18 Ogos 2010

Hadis Qudsi 5

"Wahai seklain manusai, janganlah engkau menjadi orang yang mengenepikan taubat dan jangan memanjangkan angan-angan serta mengharapkan kebahagiaan akhirat tanpa beramal; jangan menjadi orang kata-katanya seperti orang munafik, jika diberikan sesuatu kepadanya, tidak pernah merasa cukup; dan jika ia memperolehi sesuatu, tidak pernah sabar".

"Ia menyuruh berbuat baik, tetapi ia sendiri tidak memperbuatnya, melarang berbuat jahat, tapi ia sendiri tidak berhenti melakukannya. Ia mengasihi orang-orang soleh, tapi ia tidak mahu bersama mereka; dia membenci orang munafik, tapi sebenarnya iad termasuk dalam kalangan mereka; ia menyatakan hal yang tidak ia lakukan, dan memperbuat hal ynag tidak disuruh, ia meminta kesetiaan, tapi ia tidak setia."

"Wahai sekalian manusia, setiap hari yang baru, bumi sentiasa menegur dengan kata-katanya:

Wahai sekalian manusia, engkau berjaln di permukaanku dan setelah engkau akan disimpan di perutku. engkau memakan segala yang diinginkan ketika berada di permukaanku, kemudian engkauakan dimakan ulat dalam perutku.

 Wahai seklain manusia, aku adalah rumah kesepian, aku adalah rumah tempat pertanyaan, aku adalah tempat persendirian, aku adalah tempat persendirian, aku adlah rumah kegelapan, aku adalah rumahkala dan ulat, maka diamilah aku dan jangnlah engkau mrnghindar daripadaku".

Ahad, 15 Ogos 2010

Keutamaan Ramadhan

1. Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu: Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i) 


2. Dari Ubadah bin AshShamit, bahwa Rasulullah bersabda:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan do'a. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Karena orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini. " (HR.Ath-Thabrani, dan para periwayatnya terpercaya).
Al-Mundziri berkata: "Diriwayatkan oleh An-Nasa'i dan Al-Baihaqi, keduanya dari Abu Qilabah, dari Abu Hurairah, tetapi setahuku dia tidak pemah mendengar darinya." 


3. Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahwa Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam bersabda:
"Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, yaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kesturi, para malaikat memohonkan ampunan bagi mereka sampai mereka berbuka, Allah Azza Wa Jalla setiap hari menghiasi Surga-Nya lalu berfirman (kepada Surga),'Hampir tiba saatnya para hamba-Ku yang shalih dibebaskan dari beban dan derita serta mereka menuju kepadamu, 'pada bulan ini para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan lainnya, dan diberikan kepada ummatku ampunan pada akhir malam. "Beliau ditanya, 'Wahai Rasulullah apakah malam itu Lailatul Qadar' Jawab beliau, 'Tidak. Namun ovang yang beramal tentu diberi balasannya jika menyelesaikan amalnya.' " (HR. Ahmad)'"
Isnad hadits tersebut dha'if, dan di antara bagiannya ada nash-Nash lain yang memperkuatnya.

Sabtu, 14 Ogos 2010

PROMOSI HEBAT SEMPENA BULAN RAMADHAN

TARIKH : 1-30 RAMADHAN
MASA   : 24 JAM
TEMPAT : SELURUH PELUSUK DUNIA

AKTIVITI
# PUASA
# ZIKRULLAH
# BERSAHUR
# QIAMULLAIL
# ZAKAT FITRAH
# SEDEKAH
# 'ITIQAF
# SOLAT TARAWIKH
# TADARUS  AL QURAN
DAN BANYAK LAGI....

HADIAH BONUS
# KEREDHAAN ALLAH
# KEAMPUNAN
# BALASAN SYURGA 
# BONUS 1000 BULAN
# TAQWA
# POTONGAN 100% DOSA
# JIMAT BELANJA
# SIHAT TUBUH BADAN
# REZEKI
# DOA DIMAKBULKAN
# LAILATUL QADAR
DAN BANYAK LAGI....

SIAPA YANG LAYAK??
1 ISLAM
2 BALIGH
3 IKHLAS
4 IKUT PERATURAN
DAN YANG PALING PENTING PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!!!!!

REBUTLAH PROMOSI DARIPADA ALLAH SWT SEMENTARA STOK UMUR DAN KESIHATAN MASIH ADA....

KETERANGAN LANJUT: 
SILA RUJUK AL QURAN, HADITH DAN PARA ALIM ULAMA BERDEKATAN DENGAN ANDA....

SELAMAT MENIKMATI KARNIVAL RAMADHAN.....

SALAM