Sabtu, 18 April 2009

Masa Muda

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh: maka bagi mereka pahala yang tidak puus-putus." (At-Tin : 4-6)

Pernahkah kita mendengar ungkapan " Semasa kecil bermanja, muda berfoya-foya, tua kaya raya, dan mati masuk syurga". Ini adalah senda gurau sebahagian anak-anak muada untuk menunjukkan yang hidup ini untuk berseronok atau "enjoy", hidup tanpa pengorbanan dan tanpa melakukan amalan-amalan soleh yang dikehendaki oleh Allah SWT dan berakhir kehidupan ini atau mati kelak masuk syurga. Mungkinkah begitu jadinya nanti?

Rasulullah SAW pernah menasihati seorang sahabat yang pada masa itu berusia 12 tahun iaitu Ibnu Umar r.a. Nabi SAW memegang pundaknya latas bersabda,
"Hiduplah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing atau pengembara".
(HR Bukhari)


Ath Thibiy mengatakan tenatang hadith dia atas, Rasullullah SAW mengumpamakan bahawa orang yang hidup di dunia ini seperti orang asing yang tidak memiliki tempat berbaring dan tempat tinggal. Kemudian baginda menambah lagi, seseorang yang hidup di dunia ini seperti pengembara. Orang asing masih boleh tinggal di negeri asing, tetapi berbeza dengan seorang pengembara yang bermaksud menuju ke negeri yang jauh, di kanan kirinya terdapat lembah-lembah, akan ditemui tempat yang membinasakan, dia akan melewati padang pasir yang menyukarkan dan di sana terdapat juga para perompak. Orang itu tidaklah akan tinggal kecuali hanya untuk sebentar sahaja kerana pengembara ini igin segera untuk sampai ke destinasi yang hendak di tuju.

Negeri asing yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah dunia dan negeri tujuannya adalah akhirat. Jadi, hadith ini mengingatkan kita kepada kematian sehingga kita jangan panjang angan-angan. Hadith ini juga mengingatkan kita supaya kita mempersiapkan diri untuk hari akhirat denagn amalan-amalan soleh.

Beramal Semasa Muda Bermanfaat Pada Tua

Pada masa muda inilah kita harus memperbanyakkan amalan soleh sementara kudrat masih kuat, kelapangan masa yang banyak. Bila tua nanti rambut dah beruban, mata dah rabun, tulang dan lemah, gigi dah habis nak berdiri pun terketar-ketar. Itu pun kalau sampai usia tua. Kita mesti ingat dan berwaspada, mati tak kenal tua atau muda, tidak kira masa dan tempat sebab tidak ada jaminan yang hidup dulu akan mati dulu. Bila-bila masa sahaja malaikat maut akan datang mencabut nyawa. Oleh itu beramallah sekarang pada usia muda sementara Allah masih memberi peluang hidup di atas muka bumi ini. Masa tua adalah masa tidak bertenaga untuk beramal. Seseoarang kan melalui masa kecil, masa muda dan masa tua. Masa kecil dan masa tua adalah masa susah untuk beramal, berbeza pada masa muda belia.

Maka beruntunglah orang yang bijak. Siapakah oarang yang bijak? Orang yang sentiasa mengingati MATI dan senatiasa menyediakan bekal berupa amalan soleh untuk menuju ke alam akhirat yang kekal abadi selama-lamanya. Wallahu 'alam.


Selasa, 7 April 2009

Lidah Tidak Bertulang

Penyakit yang paling bahaya menghinggapi lidah kita ialah MENGUMPAT dan menabur fitnah. Tidak ada sesiapapun yang boleh terlepas daripada penyakit ini, termasuk saya. Samada kita sedar atupun tidak. Penyakit ini sudah sebati dalam masyarakat kita. Mengumpat dan menabur fitnah sudah menjadi perkara biasa. Bagi segolongan manusia, tanpa ada rasa berdosa sedikit pun. Tak cukup dengan itu umpat dan fitnah diberi identiti baru dikenali sebagai GOSIP, bunyinya lebih sofistikated. Apapun perkataan dan sebutan, perbuatannya tetap sama.

Ungkapan yang selalu didengar "Bukan nak mengumpat tapi memang benar pun...", bukan nak mengata.... dan banyak lagi.
Saja nak mengungkapkan sesuatu perkara diiringi perkataa "benar", yalah..seolah-olah si pengumpat menyatakan yang dia bercakap benar. Ala-ala "Kisah Benar" lah konon.

Apa tujuan mereka ini? Ini adalah dorongan dari hati yang diselubungi dengan dendam, hasad, dengki, iri hati dan pengkhianatan yang hendak dilakukan ke atas seseorang. Kalau hati tidak senang dengan seseorang itu, maka lidah menjalankan tugasnya. Segala kesilapan orang lain ditabur dengan tujuan supaya orang lain hilang kepercayaan dan sama-sama menyimpan perasaan yang sama dengan pengumpat, kira macam nak buat satu korumlah..

Kalau tidak berjaya menjatuhkan si polan ni, fitnah pula terjadi. Ini "Kisah Tidak Benar". Mereka-reka cerita supaya orang menghukum si polan ni atas kesilapan yang tidak dilakukannya. Kan zalim namanya.

Itulah pengkhianatanyang telah bersarang, mendarah daging dalam hati manusia di atas muka bumi ini. Tindakan-tindakan anggota-anggota lahir yang menjadi jentera untuk mencetuskan pelbagai kejahatan yang berpunca daripada hati yang tidak dididik dengan iman dan amal yang soleh.

Mari kita perincikan dan renung maksud firman Allah ini.

"Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah kamu suka memakan daging bangkai saudaranya yang telah mati? Tentulah kamu benci memakannya".
(al Hujarat: 12)

Maksud sabda Rasulullah SAW:

" Wahai golongan orang-orang beriman yang telah beriman lidahnya, tetapi belum pula hatinya! Janganlah kamu mengumpatkaum muslimin dan janganlah kamu mengintip-intip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip-intip keaibannya dan Dia akan mendedahkannya, meskipun ia berada di tengah-tengah rumahnya".


Jabir bin abdullah ra meriwayatkan: "Ketika kami bersama-sama Rasulullah SAW, tiba-tiba tercium bau busuk yang menyengat seperti bau bangkai. maka Rasulullah pun bersabda;"Tahukah kalian, bau apakah ini? Inilah bau dari orang yang mengumpat (meng-ghibah) orang lain. (HR Ahmad)

Dalam hadith yang lain dikisahkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, "Pada malam Isra' dan Mi'raj, aku melewati suatu kaum yang berkuku tajam ysng diperbuat daripada tembaga. mereka mencarik-carikwajah dan dada mereka sendiri. Lalu aku bertanya kepada Jibril "Siapa mereka?" Jibril menjawab, "Mereka itu suka memakan daging manusia, suka membicarakan dan menjelekkan orang lain, mereka inilah yang genar akan ghibah!".(dari Abu Daud yang berasal dari Anas bin Malik ra). Begitulah Allah mengibaratkan orang yang suka mengumpat dengan perumpamaan yang sangat buruk untuk menjelaskan betapa buruknya tindakan ghibah.

Islam sanagt menghormatinharga diri seseorang dan meghinakan atau memalikan seseorang adalah perbuatan yang keji dan berdosa besar.

Allah SWT berfirman,

"Sesungguhnya orang yang menyenangi tersebarnya perbuatan keji dikalangan beriman, mereka memperlohi azab yang pedih di dunia dan di akhirat..." (An Nur:19)

Maksud sabda Rasulullah SAW:

"Tiada seseorang yang menutupi aib (kecacatan)seseorang di dunia, melainkan di kiamat kelak Allah pasti akan menutupi keaibannya". (HR Muslim)


Wallahu 'alam

-Yang benar itu UMPAT yang bohong itu FITNAH-


Isnin, 6 April 2009

Pesan Buat Iman- Hassan Al Basri-

1. Carilah manisnya amal dalam tiga perkara. Kalau kamu mendapatkannya, maka bergembiralah dan terus mencapai tujuan dan jika kamu belum mendapatkannya maka ketahuilah pintu masih tertutup rapat. Tiga perkara itu ialah:
a. Ketika kamu membaca al-Quran
b. Ketika kamu berzikir
c. Ketika kamu bersujud

Rabu, 25 Mac 2009

Manusia..Oh Manusia..

Siapa kita sebenarnya?Dari mana kita datang dan ke mana destinasi kita seterusnya?
Secara umumnya, kita tahu sebenarnya jawapan kepada persoalan di atas. Kita datang dari Allah dan kepada Allah jua kita dikembalikan...Amnuasia dicipta di alam maya pada ini untuk menjadi khalifah yang mengurus tadbir alam...yang dipertanggungjawabkan..hanya menjaga amanah daripada Yang Maha Kuasa. Tapi sikap manusia yang sombong dan bongkak dengan harta dan keturunan. Allah telah memberi amarah tidak akan menghidu bau syurga bagi sesiapa yang ada sikap sombong dalam hati walaupun sebesar biji sawi. Kerana sikap bongkak dan sombong hanyalah milik Yang Maha Pencipta, Allah SWT.
Apalah yang hendak dibanggakan oleh manusia. Tidak ada satupun yang menjadi milik mutlak manusia, termasuklah nyawa kita sendiri. Manusia terlalu kerdil, lemah, miskin dan daif semua ada kelemahan. Kalau diselidiki betul-betul asal kejadian manusia memang seharusnya kita menerimanya dengan penuh keinsafan.

Maha Suci Allah yang menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi tanpa mengharapkan pertolongan sesiapa. Langit tanpa tiang, udara yang tak pernah habis, cahaya matahari yang tak kunjung padam,menurunkan hujan, memberi penghidupan kepada makhlukNya. Pernah Allah minta kita menjelaskan bil udara, matahari dan air hujan? Tidak ada seorang pun..Untuk siapa itu semua dijadikan? Sudah pastinya untuk manusia memikirkan keperkasaan Allah, dan mesyukuri nikmayNya. Nikmat Allah yang tidak terhitung banyakknya...Apa yang menjadi persoalannya, berapa ramaikah umat manusia yang tahu bersyukur?

Adakah kita tergolong dalam golongan-golongan di atas?Sama-sama kita fikirkan..

Allhamdulillah Allah masih memberikan kesempatan untuk bertemu hari ini..tetapi esok belum tentu milik kita. Muhasabah diri,perbetulkan niat dan tabiat, luruskan hati sebelum mati,doa mohon rahmat supaya dapat berkat.....

Khamis, 19 Mac 2009

Kata-kata hikmah Hari Ini...

1. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
2. Tidak pernah wujud orang malas . Orang malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yayang sesuai dengan minatnya.
3. Muslim sejati tidak selalu mendapatkan yang terbaik, tetapi sentiasa menjadi yang terbaik dalam apa sahaja yang datang dalam hidupnya.

Selasa, 9 September 2008

Buat Putera Putri Bangsa....Renungkahlah

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.. Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana dah mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa) Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi.
.