Sabtu, 18 April 2009

Masa Muda

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh: maka bagi mereka pahala yang tidak puus-putus." (At-Tin : 4-6)

Pernahkah kita mendengar ungkapan " Semasa kecil bermanja, muda berfoya-foya, tua kaya raya, dan mati masuk syurga". Ini adalah senda gurau sebahagian anak-anak muada untuk menunjukkan yang hidup ini untuk berseronok atau "enjoy", hidup tanpa pengorbanan dan tanpa melakukan amalan-amalan soleh yang dikehendaki oleh Allah SWT dan berakhir kehidupan ini atau mati kelak masuk syurga. Mungkinkah begitu jadinya nanti?

Rasulullah SAW pernah menasihati seorang sahabat yang pada masa itu berusia 12 tahun iaitu Ibnu Umar r.a. Nabi SAW memegang pundaknya latas bersabda,
"Hiduplah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing atau pengembara".
(HR Bukhari)


Ath Thibiy mengatakan tenatang hadith dia atas, Rasullullah SAW mengumpamakan bahawa orang yang hidup di dunia ini seperti orang asing yang tidak memiliki tempat berbaring dan tempat tinggal. Kemudian baginda menambah lagi, seseorang yang hidup di dunia ini seperti pengembara. Orang asing masih boleh tinggal di negeri asing, tetapi berbeza dengan seorang pengembara yang bermaksud menuju ke negeri yang jauh, di kanan kirinya terdapat lembah-lembah, akan ditemui tempat yang membinasakan, dia akan melewati padang pasir yang menyukarkan dan di sana terdapat juga para perompak. Orang itu tidaklah akan tinggal kecuali hanya untuk sebentar sahaja kerana pengembara ini igin segera untuk sampai ke destinasi yang hendak di tuju.

Negeri asing yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah dunia dan negeri tujuannya adalah akhirat. Jadi, hadith ini mengingatkan kita kepada kematian sehingga kita jangan panjang angan-angan. Hadith ini juga mengingatkan kita supaya kita mempersiapkan diri untuk hari akhirat denagn amalan-amalan soleh.

Beramal Semasa Muda Bermanfaat Pada Tua

Pada masa muda inilah kita harus memperbanyakkan amalan soleh sementara kudrat masih kuat, kelapangan masa yang banyak. Bila tua nanti rambut dah beruban, mata dah rabun, tulang dan lemah, gigi dah habis nak berdiri pun terketar-ketar. Itu pun kalau sampai usia tua. Kita mesti ingat dan berwaspada, mati tak kenal tua atau muda, tidak kira masa dan tempat sebab tidak ada jaminan yang hidup dulu akan mati dulu. Bila-bila masa sahaja malaikat maut akan datang mencabut nyawa. Oleh itu beramallah sekarang pada usia muda sementara Allah masih memberi peluang hidup di atas muka bumi ini. Masa tua adalah masa tidak bertenaga untuk beramal. Seseoarang kan melalui masa kecil, masa muda dan masa tua. Masa kecil dan masa tua adalah masa susah untuk beramal, berbeza pada masa muda belia.

Maka beruntunglah orang yang bijak. Siapakah oarang yang bijak? Orang yang sentiasa mengingati MATI dan senatiasa menyediakan bekal berupa amalan soleh untuk menuju ke alam akhirat yang kekal abadi selama-lamanya. Wallahu 'alam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan