Khamis, 22 April 2010

Jahiliah Melenium.

Jumpa bayi dalam sampah..dalam sungai...dalam mangkuk tandas...dalam longkang. Apa dah jadi dengan masyarakat Malaysia pada hari ini. Begitulah sering kedengaran di dada-dada akhbar, media cetak dan media elektronik.

Nyawa bayi yang baru lahir, belum mengenal dunia dicampak merata-rata, umpama sampah. Ada yang  menjadi makanan anjing liar. Apa salah bayi-bayi ini?

Zaman Arab Jahiliah memberi gambaran kepada kita betapa sadisnya manusia ketika itu. Mereka membawa ank perempuan yang baru lahir ke tengah padang pasir, kemudian "dikebumikan" hidup-hidup. Mereka berbuat demikian disebabkan kejahilan dan ingin mengelak daripada mendapat malu. Mereka beranggapan anak perempuan akan membawa malu.

Oleh yang demikianlah Nabi SAW diutus untuk menerangkan hati mereka dengan cahaya iman bersama wahyu dari Allah. Menghapus hancurkan tradisi kejam itu dan diganti dengan kasih sayang.

Itu dah jadi sejarah lebih 14 abad yang lalu. Masyarakat dalam kegelapan. Tidak ada panduan agama yang benar.

Ap sudah jadi sekarang? Lebih teruk daripada masyarakat jahiliah..

Mana taknya, kalau masyarakat jahiliah mereka tanam hidup-hidup, tapi sekarang...nauzubillah. Orang yang sanggup mencampak anak mereka di merata-rata tempat..lebih hina daripada masyarakat jahiliah. Nak di katakan ada agama...ada, Islam lagi.

Di samping rasa marah, terselit rasa sedih dan risau. Inikah masyarat moden yang sering di agung-agungkan?Inikah masyarakat bertemadun?

Pesan saya pada diri saya sendiri, sekarang ini tidaka ada sesiapa yang boleh mendabik dada bahawa diri dan keluarga mereka tidak akan mengalami perbutan jenayah ini. ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja..anak-anak kita , saudara kita ataupun adik beradik kita?

Marilah kita bersama-sama berdoa dah berusaha supaya Allah menghindarkan "bala" ini berlaku kepada kita dan keluarga kita serta masyarakat keseluruhannya.

Wallahu `lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan