Khamis, 1 April 2010

Hadis Qudsi 2

Allah SWt berfirman mafhumnya:
"Diri-KU menyaksikan sendiri, bahawa tidak ada tuhan selain Aku sendiri, tidak ada sekutu bagi-Ku;Muhammad itu adlah hamba dan Rasul-Ku. Sesiapa yang tidak reda dengan ketetapan-Ku, tidak sabar atas cubaan-Ku, tidak bersyukur atas nikamt-Ku dan tidak pernah merasa cukup dengan pemberian-Ku, maka hendaklah ia menyembah tuhan yang selain-Ku."

"oleh itu, sesiapa berpagi-pagi berdukacita terhadap dunia, maka seolah-olah ia marah kepada-Ku; sesiapa merasa sakit atas sesuatu musibah, maka sesungguhnya ia telah mnyakiti-Ku; sesiapa yang menemui orang yang kaya lalu ia merendah diri di hadapannya kerana kekayaannya, maka sesungguhnya telah hilang dua pertiga agamanya dan sesiapa yang memukul-mukul mukanya di depan orang mati, maka seolah-olah ia mengambil tombak danmnghunjamkannya kepada-Ku; dan sesiapa yang memecahkan dahan kayu di atas kuburan, maka seolah-olah ia telah menghancurkan pintu Kaabah-Ku dengan tanganya."

"Dan sesiapa tidak peduli daripada sumber mana makanan yang dimakannya, maka ia tidak peduli dari pintu mana Allah memasukkannya ke dalam Jahanam. Dan sesiapa yanng tidak bertambah dalam agamanya (ilmu dan pengalaman) msks sebanarnya ia semakin berkurang; dan sesipa yang terus menerus merosot dan berkurangan, maka maut adalah lebih baik baginya.

Sesiapa yanng mengamalkan sesuatu yang diketahuinya, Allah akan memberikan kepadanya ilmu yang belum pernah diketahuinya. Dan sesiapa yang panjang angan-angannya, tidak ikhlas amalnya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan