Rabu, 15 Jun 2011

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.


Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”


Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”


Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”


Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”


Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”


Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

 
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

 
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

 
Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”


Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.


Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.


Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.

Jumaat, 15 April 2011

Kata-kata hikmah 3

"MANUSIA MUSNAH KERANA JAHIL (TIDAK BERILMU), ORANG BERILMU MUSNAH KERANA TIDAK BERAMAL, ORANG YANG BERAMAL MUSNAH SEBAB TIDAK ADA...KEIKHLASAN, MALAH TIMBUL RASA RIAK, UJUB DAN TAKBUR".
FIKIRKAN BERSAMA

Isnin, 22 November 2010

Kata-kata hikmah 2


Kata Amirul Mukminin Ali b. Abi Talib:
“Ambillah daripadaku lima perkara:
·Pertama: Jangan engkau mengharapkan seseorang selain dari Tuhan engkau sendiri.
·Kedua: Jangan engkau takuti sesuatu pun, selain dari kemurkaan Ilahi.
·Ketiga: Jangan engkau segan mempelajari yang belum diketahui, walaupun dari sesiapa sahaja.
·Keempat: Hendaklah engkau berani mengatakan; belum mengetahui apa yang sebenarnya engkau belum mengetahuinya.
·Kelima: Hendaklah engkau sentiasa berlaku sabar, kerana sabar itu kepala iman.
Manusia yang paling bahagia ialah orang yang berilmu, sabar dan memadai apa yang ada (qanaah).

Khamis, 4 November 2010

Ibu...Bidadari Dari Rumahmu

Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya sendiri: " Para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkah ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?"

Tiba-tiba terdengar suatu suara: " Jangan bimbang. Aku telah memitih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana."

Bagaimanapun bayi itu merasa bimbang den takut untuk menghadapi dunia yang amat acing baginya.
"Di sini syurga apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi den ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia," kata bayi itu datam nada yang cukup sedih.

"Jangan kamu bimbang. Bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum den menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan sernua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini," terdengar sekali tagi suara tadi.

"Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?" tanya bayi itu separuh merintih.

"Bidadarimu akan berbicara kepadamu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran den perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara," Berkata suara itu lagi.

Bayi itu masih tidak puas hati, die terns juga bertanya: "aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?"

"Bidadarimu akan memberikan pertindungan dengan sepenuh jiwa raganya," balas suara itu.
"Tetapi aku pasti akan merasa sedih kerana meninggalkan tempat yng begini indah," rintih bayi itu lagi.

Bidadarimuu akan menceritakan kepadamu segala-gatanya. Dia akan mengajar kamu segala-gatanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ads. Jangan bimbang kerana Bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya, kamu adalah segala-galanya!

Di seat itu suasana menjadi begitu tenang den perlahan-lahan bayi itu bertanya tagi: "Jika aku harus pergi sekarang, bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?
 
"Kamu akan memanggil bidadari bidadari itu...IBU!"

Jumaat, 8 Oktober 2010

APAKAH ITU "ISTIDRAJ"

"Jika engkau bersyukur, maka akan Aku tambahkan (nikmat-Ku), dan jika engkau kufur (ingkar) sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. "(QS. Ibrahim: 7)

IANYA adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhai-Nya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah SAW bersabda "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan AI-Baihagi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah bersertanya dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada jugs orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kits mesti ikut jejak langkah Rasullulah SAW dan berpegang teguh pada ajaran agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang solat 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin-Khamis dan puasa sunah yang lain tak pernah tertinggal. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah jugs. Bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak melakukan perintah Allah, seperti solat dan puasa, apatah lagi zakat dan haji padahal rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak tak tahu lagi berapa akaun yang dia ada, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Yang pasti ketika kehidupan yang serba gah tidak diikuti dengan melaksakan perintah Allah, maka itu pertanda bukan kenikmatan sejati yang diperolehi, melainkan kesusahan dan kesengsaraan yang pada akhirnya akan dirasai. Sifat sombong akan semakin nampak pada diri orang tersebut, tak kiralah sombong kerana harts, pangkat, kecantikan dan lain-lain yang telah ia perolehi. Padahal jika kita nak sombong kerana harts dan pangkat, maka siapalah orangnya didunia ini yang lebih kaya dan tinggi kedudukannya dibandingkan dengan Nabiyallah Sulaiman AS, yang dengan kekuasaan dia menguasai seluruh slam sehinggakan semua makhluk di bumi tunduk padanya hatta jin sekalipun, tetapi is tak sombong, beliau masih bersujud kepada Allah SWT.

Jika kita nak sombong kerana kecantikan, maka siapakah yang lebih canti dari Nabiyallah Yusuf AS yang dengannya mats setiap orang akan tersihir kerana kecantikan parasnya sehinggakan kulit yang terhiris pisaupun tak dirasai oleh orang yang sedang memandang nya. Lalu jika kita sombong kerana kemerduan suara, maka siapa yang lebih merdu daripada suara nabiyallah Daud AS yang dengan suaranya besipun dapat meleleh kerana kemerduan suara beliau, tapi semua tak sombong, mereka adalah orang-orang kuat bersujud kepada Allah SWT.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal tetapi miskin. Mereka lupa bahawa terkadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah saw bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul aelbad).

Demikian pula dengan Anai-anai, semasa ia tidak bersayap, maka ia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak kufur terhadap nikmat Allah, maka azab Allahlah yang sebenarnya is nantikan.

Kisah-kisah yang telah Allah sampaikan melalui kalamNya dan juga melalui lisan nabiNya tentang kisah, Firaun, Namrud dan Qarun boleh menjadi bahan perenungan kitsa bersama . Firaun, nikmatnya yang ia dapatkan tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pemah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum matimati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan, Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakannya.

Demikian halnya dengan Namrud, yang Cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Demikianlah Allah SWT yang Maha Adil memberikan keadilan dalam segala hal, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Bukan kaya semata yang kita cari, apatah lagi bukan pula miskin yang kita-cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Menjadi kayalah dengan tetap bersyukur clan beribadah kepadaNya, berpangkatlah dengan tetap tawadhu dan beribadah kepadaNya, cantiklah dirimu dengan disertai pakaian ketaqwaan pada Allah, dan pandai clan berjayalah dalam apa-apa juga bidang kehidupanmu dengan berpegang dengan tali Allah SWT, dalam keridhaan Allah pada kita.
Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia clan akhirat. Aamiin.

Daripada : Risalah Jumaat (Buletin Assyakirin)
Tarikh : 29 Syawal 1431 H

Rabu, 29 September 2010

Apakah yang tidak ada pada diri kita??

Jawapan kepada soalan ini, masing-masing orang pasti berbeza. Banyak hal yang kita tidak miliki. Orang lain mempunyai rumah, kita masih menyewa. Orang lain ada kereta kita masih berjalan kaki. Orang lain mempunyai parabola kita hanya mampu membeli bola. Orang lain mempunyai piutang kita masih lagi berhutang.

Namun jika jawab dengan keadaan fizik jasmani, untuk pertanyaan tersebut boleh mendapat jawab yang sama.

- Orang punya hati, kita juga punya hati
- Orang punya mata kita juga punya mata
- Orang punya telinga, kita juga punya telinga dan seterusnya

Meskipun sama bentuk pemilikannya, tetapi belum tentu sama cara memfungsikannya. hanya orang-orang yang beriman sahaja yang mampu memfungsikan semua anggota tubuh dan segala sesuatu yang adapa padanya sesuai dengn fungsi yang semestinya.

Perbezaan cara memfungsikannya itulah yang membezakan antara kita dengan orang kafir. Oleh itu Allah berfirman bermaksud

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan daripada Jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai tellinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seprti binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A'raf : 179).

Apakah yang kita miliki?
Kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa. Kita hanya memiliki sementara dengan sijil HAK PAKAI. Kita hanya sebagai khalifah/pengelola yang diberikan kuasa untuk menikmati.
- Isteri/suami adalah hak pakai yang disahkah dengan pernikahan
- Rumah, kereta, sawah,ladang dan semua perabot adalah hak pakai yang disahkan dengan jual beli

Mengapa kita hanya memperoleh hak pakai? Kerana semua itu kepunyaa Allah tidak akan kekal bersam kita. Ertinya dalam menguasainya kita dibatasi waktu. Isteri/suami yang kita cintai akan berpisah dengan kita, kalau bukan dia yang melepaskan kita, kitalah yang akan melepaskannya kembali kepada Allah...dan kita tidak mempunyai daya upaya menahannya.

Kereta, rumah, kedudukan anak dan emua kekayaan juga berpisah dengan kita. Kalau mereka tidak meninggalkan mereka, kitalah yang kan meninggalkan mereka untuk kembali kepada Yang Maha Memiliki.

Wallahua'alam.