Khamis, 25 Mac 2010

Nasihat dan Bimbingan : Hadis-hadis Qudsi

Seperti yang telah saya janjikan, saya  kan berkongsi hadis-hadis Qudsi yang dikumpul oleh Hujjatul Islam, Imam Al Ghazali didalam kitabnya"al-Mawaizh fi al-ahadith al-Quftsiyah dan diterjemahkan oleh Dr. Abdul Samad Hamid Salih Hamdan.

Hadis-hadis ini saya salin semula tanpa mengubah sedikitpun terjemahan asal. Semoga anda yang membaca, memetik manfaat, hikmat dan pengajaran yang berguna untuk memperkuat iman kita, menyucikan hati kita serta menyingkap rahsia-rahsia yang berkaitan dengan agama dan urursan dunia kita. Insyaallah.

Sekiranya da kesilapan menaip harap dimaafkan.

Khamis, 25 Februari 2010

Maulidur Rasul: Budaya dan penghayatan

Salawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga nabi dan para sahabat r.a. Kekasih Allah yang diutuskan untuk memberi kan rahmah ke seluruh alam. Sebaik baik contoh teladan yang Allah pertontonkan kepada manusia secara 'life' seperti yang terkandung di dalam Al-Quran.

Apabila ditanya kepada Aisyah " Bagaimana akhlak Rasulullah?". Aisyah menjawab, "Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran".

12 Rabiul Awal 1431 H, untuk sekian kalinya sambutan hari Keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW atau Maulidur Rasul di sambut di seluruh dunia. Kedengaran salawatdan salam bergema di jalan-jalan, di lorong-lorong dan di segenap ceruk rantau.

Acara yang biasa diatur dan dianjurkan, ialah perarakan dan pertandingan sepanduk. Pelbagai bentuk dan rekaan sepanduk dipamerkan dengan harapan untuk meraih hadiah yang disediakan. Pada masa yang sama, peserta yang berarak dengan pakaian yang seragam.

Sepanjang perarakan, kedengaran salawat dialunkan diiringi paluan kompang. Itulah pemandanagn yeng selalu dilihat setiap kali sambutan Maulidur Rasul setiap tahun.

Apa yang nak ditonjolkan di sini ialah tahap penghayatan kepada Sunah Nabi SAW, bukannya nak berbahas sama ada sambutan Maulidr Rasul itu bidaah atau tidak. Bagi saya selagi sesuatu acara sambutan itu membawa kebaikan kepada Ummah harus di sokong.

Walaubagaimanapun, Islam tidak mewajibkan umatnya mengadakan perarakan sempena hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Diwajibkan kepada  umat Islam ialah mengikut apa yang diperturunkan oleh Nabi Muhammad, perarakan bukan satu kemestian. 

Saya yakin setiap kali sambutan, mesti akan terserlah kemeriahannya. Persoalannya ialah, "Apakah ertinya kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad kemudian menolak apa yang diperintahkan baginda.
Jangan pula sambutan dilakukan hanya sebagai suatu tradisi semata-mata, tetapi dari segi penghayatan umat Islam mengecewakan.

Seolah-olah berselawat dan mengenang jasa Nabi SAW dilakukan secara bermusim, tidak sepanjang masa.
Apakah ertinya sekiranya hebat semas berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh?

Semangat dan sunnah Rasulullah mesti dilakukan dan dihayati secara istiqamah dan bukannya bermusim. Beberapa solan di bawah ini, mungkin boleh kita mencari jawapannya bersama-sama untuk muhasabah diri.

1) Berapa banyak sunnah Rasulullah yang kita amalkan?
2) Berapa ramai di antara kita yang betul-betul mengamalkan sunnah Nabi SAW walupun tidak  semua? 
3) Berapa ramai anak-anak remaja kita yang betul-betul mengenali baginda? 
4) Berapa ramai daripada anak muda kita yang menjadikan baginda sebagai role model?
5) Sejauh mana kecintaan kita kepada Baginda SAW?
Sunnah Nabi SAW hanya berlegar-legar pada ruang yang sangat sempit, sesempit pemikiran sebilangan besar masyarakat kita, sedangkan sunnah Nabi SAW meliputi seluruh aspek kehidupan dari sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara dalam aspek kehidupan

Cuba sama-sama kita renung beberapa fenomena ini yang selau berlaku di dalam masyarakat kita:

Kalau hendak kahwin empat, jawapannya, "Ikut sunnah Nabi".
Kalau menipu atau berbohong, jawapannya "Bohong sunat"
Kalau nak bersama isteri, jawapannya "Malam Jumaat, ikut sunnah".

Sekiranya diteliti dengan sedalam-dalamnya, seperti sunnah baginda diperolok-olokkan dan disempitkan. Sekiranya sunnah itu menguntungkan diri, diikut, sekiranya tidak, jauh-jauh ditinggalkan dan tidak diamalkan walaupun hanya setakat menyebarkan salam. Ini golongan kebanyakan daripada masyarakat Islam kita.

Lebih menyedihkan ada satu golongan dikalangan umat Islam sendiri, yang menolak terus sunnah Nabi SAW dan anti-hadith. Ini boleh merosakkan akidah.  Mereka seumpama barah kepada umat Islam lebih-lebih lagi keadaan umat Islam pada masa ini sangat tenat dengan pelbagai krisis akhlak Ini sangat menyedihkan, sedangkan Allah sendiri memperakui kemuliaan Nabi SAW.

Akhir kata, di manakah kita? Golongan pertama atau kedua? Adakah layak kita mengaku sebagai umat Muhammad dan mendapat syafaatnya di akhirat kelak?

Wallah hu a'lam.



Isnin, 15 Februari 2010

By Rumi - Persian poet


CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!

sekali pun cinta telah kuuraikan dengan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri,

meskipun lidahku sudah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang,
sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya,
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta,
dalam menguraikan cinta akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan....

Kisah Cinta 1

Cinta diistilahkan sebagai sebagai tajuk yang "terbungkus" kerana ia merupakan perasaan yang sangat halus. Jauh di dasar agama, ia bersifat "malu-malu'' berwajah seni menjadi rahsia jiwa.

Bila berbicara mengenainya, seolah-olah ia menjadi sangat sulit untuk dimengertikan walaupun diungkap dengan kalimah yang paling indah.

Ghaib adanya tetapi tetap terzahir keindahan dan kewujudannya sehingga kekadang manusia terkeliru dan celaru bila berhadapan dengannya. Berpintal-pintal dan berselirat namun mampu melahirkan keasyikan yan g boleh diistilahkan sebagai "kegilaan".

Selalu kata diungkap "Cinta Itu Buta" apa benar?

Tidak semudah ungkapan itu untuk mentakrifkan CINTA. Cinta itu memerlukan panduan, perincian dan pentakrifan yang mendalam serta terperinci.

Jika cinta itu mampu diwujudkan walau barang sedikit, sesungguhnya ia merupakan suatu anugerah ciptaan Allah SWT seperti firmannya:

"Katakan jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu." (Surah al-'Imran ayat 31)

Rasa cinta itu mesti hadir atas dasar kewajaran yang absalute, tanpa ada belah bahagi. Cinta yang Kudus, hanya satu CINTA AGUNG.

Meminjam kata-kata Francois Duc de La Rochefoucauld;
"True Love is like ghosts, which everybody talks about but few have seen"

Selasa, 15 Disember 2009

Renungan

"Kematian yang kamu cuba lari darinya, pasti akan tiba mendapatkanmu, kematian yang kamu selalu lupa tentangnya, tidak pernah melupakanmu ".

Jumaat, 11 Disember 2009

Buat Renungan Selagi Masih Hidup

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama Ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi Dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat Dan IA pun memanggil-manggil Dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu IA berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. . Anak-anakku telah menjadi yatim Dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada Hari itu aku telah keluar dari rumahku Dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak Dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa Dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku Dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana IA memperdayakan aku Dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana IA melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku Dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun Ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak Dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh Dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya Dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa Dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah Ada nur dimukanya Dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan Dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut Dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk Dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada Dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk Dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong Dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. Lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga Dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. Akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka Dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. Menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak Ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.Dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. Berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . Maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama yang selalu lalai dan lupa. Wallah hu a'lam


Isnin, 2 November 2009

PERKARA MUDAH

PERKARA MUDAH UNTUK MARAH DARIPADA MAHABBAH
PERKARA MUDAH UNTUK BERMUSUH DARIPADA BERMUHIBBAH
PERKARA MUDAH UNTUK MEMBENCI DARIPADA MENCINTAI
PERKARA MUDAH UNTUK BERJANJI DARIPADA MENEPATI
PERKARA MUDAH UNTUK BERDUKA DARIPADA GEMBIRA
PERKARA MUDAH UNTUK BERBUAT DOSA DARIPADA PAHALA
PERKARA MUDAH UNTUK MENERIMA DARIPADA MENDERMA
PERKARA MUDAH UNTUK MENGUMPAT DARIPADA MENASIHAT
PERKARA MUDAH UNTUK BERKATA DARIPADA BERBUAT
PERKARA MUDAH UNTUK MELUKAKAN DARIPADA MENYEMBUHKAN
PERKARA MUDAH UNTUK UNTUK MENYALAHKAN ORANG LAIN DARIPADA MENGAKUI KELEMAHAN DIRI...