Sabtu, 3 Oktober 2009

Ramadhan berlalu, menjelmanya Syawal

Sudah lama saya tidak mengemas kini blog ini, rasanya hampir 3 bulan disampaikan.
Alhamdulillah sempurna sudah bulan Ramadhan kini tiba bulan Syawal. Berlalu ramadhan bukan bererti amal ibadah yang dilakukan seperti solat-solat sunat dan sedekah juga berlalu pergi bersama bulan itu.

Sempena Syawal, saya ingin memohon maaf zahir batin kepada para pembaca sekiranya ada melakukan kesilapan. Sebagai manusia biasa kesilapan sering kita lakukan tanpa kita sedar atau kita sedari. Kadang-kadang kesilapan itu berlaku berulang-ulang kali tanpa kita mengambil iktibar. Tapi kelemahan sebagai manusia tidak boleh dijadikan alasan untuk terus berada dalam dosa dan noda.

Ramadahn telah menjadi madrasah dan medan mujahadah membelegu nafsu yang sering menjerumus ke lembah kehinaan. Aidilfitri menjadi hari kemenangan...sekiranya ada perubahan dalam diri ke arah kebaikan. Sekiranya terjadi sebaliknya, kita tidak mendapat apa-apa manfaat dan tidak belajar daripada Ramadhan malah lebih jauh daripada rahmat Allah.

Adakah kita akan bersua kembali dengan Ramadhan bulan penuh rahmat dan keberkatan tahun hadapan? Cuma Allah yang ada jawapannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan