Jumaat, 8 Oktober 2010

APAKAH ITU "ISTIDRAJ"

"Jika engkau bersyukur, maka akan Aku tambahkan (nikmat-Ku), dan jika engkau kufur (ingkar) sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. "(QS. Ibrahim: 7)

IANYA adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhai-Nya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah SAW bersabda "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan AI-Baihagi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah bersertanya dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada jugs orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kits mesti ikut jejak langkah Rasullulah SAW dan berpegang teguh pada ajaran agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang solat 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin-Khamis dan puasa sunah yang lain tak pernah tertinggal. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah jugs. Bak kata pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak melakukan perintah Allah, seperti solat dan puasa, apatah lagi zakat dan haji padahal rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak tak tahu lagi berapa akaun yang dia ada, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Yang pasti ketika kehidupan yang serba gah tidak diikuti dengan melaksakan perintah Allah, maka itu pertanda bukan kenikmatan sejati yang diperolehi, melainkan kesusahan dan kesengsaraan yang pada akhirnya akan dirasai. Sifat sombong akan semakin nampak pada diri orang tersebut, tak kiralah sombong kerana harts, pangkat, kecantikan dan lain-lain yang telah ia perolehi. Padahal jika kita nak sombong kerana harts dan pangkat, maka siapalah orangnya didunia ini yang lebih kaya dan tinggi kedudukannya dibandingkan dengan Nabiyallah Sulaiman AS, yang dengan kekuasaan dia menguasai seluruh slam sehinggakan semua makhluk di bumi tunduk padanya hatta jin sekalipun, tetapi is tak sombong, beliau masih bersujud kepada Allah SWT.

Jika kita nak sombong kerana kecantikan, maka siapakah yang lebih canti dari Nabiyallah Yusuf AS yang dengannya mats setiap orang akan tersihir kerana kecantikan parasnya sehinggakan kulit yang terhiris pisaupun tak dirasai oleh orang yang sedang memandang nya. Lalu jika kita sombong kerana kemerduan suara, maka siapa yang lebih merdu daripada suara nabiyallah Daud AS yang dengan suaranya besipun dapat meleleh kerana kemerduan suara beliau, tapi semua tak sombong, mereka adalah orang-orang kuat bersujud kepada Allah SWT.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal tetapi miskin. Mereka lupa bahawa terkadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah saw bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul aelbad).

Demikian pula dengan Anai-anai, semasa ia tidak bersayap, maka ia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak kufur terhadap nikmat Allah, maka azab Allahlah yang sebenarnya is nantikan.

Kisah-kisah yang telah Allah sampaikan melalui kalamNya dan juga melalui lisan nabiNya tentang kisah, Firaun, Namrud dan Qarun boleh menjadi bahan perenungan kitsa bersama . Firaun, nikmatnya yang ia dapatkan tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pemah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum matimati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan, Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakannya.

Demikian halnya dengan Namrud, yang Cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Demikianlah Allah SWT yang Maha Adil memberikan keadilan dalam segala hal, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Bukan kaya semata yang kita cari, apatah lagi bukan pula miskin yang kita-cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Menjadi kayalah dengan tetap bersyukur clan beribadah kepadaNya, berpangkatlah dengan tetap tawadhu dan beribadah kepadaNya, cantiklah dirimu dengan disertai pakaian ketaqwaan pada Allah, dan pandai clan berjayalah dalam apa-apa juga bidang kehidupanmu dengan berpegang dengan tali Allah SWT, dalam keridhaan Allah pada kita.
Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia clan akhirat. Aamiin.

Daripada : Risalah Jumaat (Buletin Assyakirin)
Tarikh : 29 Syawal 1431 H