Isnin, 26 Julai 2010

Nisfu Sya'ban 1431

Nisfu Sya'ban kembali lagi. Bermakna tinggal 2 minggu lagi bulan yang penuh keberkatan dan keampunan menyusul iaitu Ramadhan penghulu segala bulan.

Seperti kebiasaan di kebanyakan tempat malam nisfu Sya"ban diraikan dengan majlis bacaan Yasin di masjid, surau mahupun di kediaman masing-masing. Tidak kiralah di mana pun, bagi yang menyedari kehadirannya pasti akan memanfaatkan.

Pada bulan Syaban, kita digalakkan melakukan banyak amalan sunat khususnya berpuasa pada15 Sya'ban sebagai persediaan awal menuju bulan Ramadhan.

Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

Dalam riwayat menyebutkan juga bahawa Nabi SAW lebih banyak berpuasa pada bulan Rejab dan Sya'ban berbanding bulan-bulan yang lain (tidak termasuk bulan Ramadhan). Ini adalah kerana Rejab merupakan bulan Allah, Sya'ban adalah bulan Nabi SAW manakala Ramadhan adalah bulan Umat Muhammad..

Pada malam ini juga buku amalan kita selama setahun yang lepas di angkat ke langit dan digantikan dengan bulu amalan yang baru. Alangkah molek kiranya buku namalan kita ditutup dan dibuka dengan amalan soleh seperti membaca Yasin (membaca al-Quran), solat sunat dan berpuasa sunat pada siangnya.

Pada malam ini juga, kita digalakkan berdoa semoga amalan kita yanmg telah lepas dan akan datang diterima oleh Allah SWT. Insyaallah

Jumaat, 16 Julai 2010

Hakikat Cinta dan Benci

Cinta dan benci merupakan fitrah emosional manusia yang dianugerahkan Allah swt kepada seluruh manusia. Bagi seorang muslim, cinta dan benci harus bersesuaian dengan syariat, kerana boleh jadi apa yang kita cintai itu sebenarnya adalah sesuatu yang buruk dan sebaliknya yang kita benci itu adalah sesuatu yang baik buat kita. Jika cara berfikir kita tidak bersesuaian dengan kehendakNya, maka akan ramai orang yang menjadi korban akibat tidak tahu menempatkan erti cinta dan benci ini.

Salah satu cinta yang diajarkan oleh Rasulullah saw adlah mencintai dan mengasihi sesama insan. Kecintaan ini telah ditunjukkan oleh baginda, Baginda tidak pernah membezakan antara orang yang berpangkat dan orang awam, antara orang miskin dan oranng kaya bahkan antara orang Islam dan orang kafir. Baginda tidak membenarkan berlaku tidak adil kepada sesuatu kaum disebabkan hanya kebencian kepada mereka.

"Dan janganlah seklai-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong untukberlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana keadialan itu lebih dekat kepada takwa.(QS. Al-Maidah :8)

Kecintann yang bersifat islami mesti disemai sesama muslim, tetapi sesama manusia dan sesama makhluk.

Rasulullah saw bersabda, "Hakikat seorang muslim adalah mencintai Allah dan RasulNya, sesamanya, serta jiran tetangga, melebihi atau sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri". (HR Imam Bukhari)

Kebencian tidak lain adalah sebuah ekspresi peraan hasad dengki terhadap orang lain, sedapat mungkin untuk menjatuhkan dan menghilangkan pemilikan lawannya. Kebencian merupakna bahan bakar kepada api permusuhan. Dari sinilah bermulanya khianat dan fitnah yang boleh memecah belahkan masyarakat.

sebab itu Islam sangat melarang sifat benci yang boleh menimbulkan bahana dalam kehidupan. rasulullah saw bersabda " Jauhilah oleh kalian sikap hasad, kerana hasad itu nescaya akan memakan amal kebaikanmu seperti api yang memakan kayu api."(HR Abu Dawud).

Sesungguhnya  cinta dan benci tidak akan berada pada tempat yang sama seperti air yang tidak akan bersatu dengan air....