Selasa, 30 Mac 2010

Kata-kata hikmah 2

"Apa yang kita fikir, apa yang kita tahu, apa yang kita percaya sebenarnya tidaklah begitu penting. Kerana yang lebih penting ialah apa yang kita lakukan."- J. Rushin

"Tindakan yang kita ambil tidak selalunya membawa kebahagiaan tetapi kita tidak akan bahagia tanpa sebarang tindakan". -D. Benjamin

Khamis, 25 Mac 2010

Hadis Qudsi 1

Allah berfirman yang ertinya:

"Wahai sekalian manusia, Aku hairan melihat orang yang meyakini kematian tetapi ia masih bergembira. Aku hairan melihat orang mempercayai hari hisab, tetapi ia masih mengumpul harta. Aku juga hairan melihat orang yang meyakini akan masuk kubur, tetapi ia masih tertawa. Aku hairan melihat orang yang meyakini akhirat, tetapi ia masih bersenang-lenang."

Aku hairan melihat orang yang meyakini hidup dunia dan segala bencananya, tetapi masih terus tenteram bersamanya. Aku hairan melihat orang yang alim dengan lidah, tetapi jahil dengan hati. Aku hairan melihat orang yang mensucikan dengan air sedangkan hatinya tidak bersih."

"Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapi ia melupakan aib dan cela sendiri; atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memperhatikan timngkah-lakunya, tetapi ia masih berbuat maksiat.

Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut dilalui seorang diri, kubur itu dihuninya seorang diri, dihisab seorang diri; tetapi ia masih berjinak-jinak dengan manusia; tidak ada tuhan selain Aku sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu hamba dan Rasul-Ku."

Nasihat dan Bimbingan : Hadis-hadis Qudsi

Seperti yang telah saya janjikan, saya  kan berkongsi hadis-hadis Qudsi yang dikumpul oleh Hujjatul Islam, Imam Al Ghazali didalam kitabnya"al-Mawaizh fi al-ahadith al-Quftsiyah dan diterjemahkan oleh Dr. Abdul Samad Hamid Salih Hamdan.

Hadis-hadis ini saya salin semula tanpa mengubah sedikitpun terjemahan asal. Semoga anda yang membaca, memetik manfaat, hikmat dan pengajaran yang berguna untuk memperkuat iman kita, menyucikan hati kita serta menyingkap rahsia-rahsia yang berkaitan dengan agama dan urursan dunia kita. Insyaallah.

Sekiranya da kesilapan menaip harap dimaafkan.