Khamis, 25 Februari 2010

Maulidur Rasul: Budaya dan penghayatan

Salawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga nabi dan para sahabat r.a. Kekasih Allah yang diutuskan untuk memberi kan rahmah ke seluruh alam. Sebaik baik contoh teladan yang Allah pertontonkan kepada manusia secara 'life' seperti yang terkandung di dalam Al-Quran.

Apabila ditanya kepada Aisyah " Bagaimana akhlak Rasulullah?". Aisyah menjawab, "Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran".

12 Rabiul Awal 1431 H, untuk sekian kalinya sambutan hari Keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW atau Maulidur Rasul di sambut di seluruh dunia. Kedengaran salawatdan salam bergema di jalan-jalan, di lorong-lorong dan di segenap ceruk rantau.

Acara yang biasa diatur dan dianjurkan, ialah perarakan dan pertandingan sepanduk. Pelbagai bentuk dan rekaan sepanduk dipamerkan dengan harapan untuk meraih hadiah yang disediakan. Pada masa yang sama, peserta yang berarak dengan pakaian yang seragam.

Sepanjang perarakan, kedengaran salawat dialunkan diiringi paluan kompang. Itulah pemandanagn yeng selalu dilihat setiap kali sambutan Maulidur Rasul setiap tahun.

Apa yang nak ditonjolkan di sini ialah tahap penghayatan kepada Sunah Nabi SAW, bukannya nak berbahas sama ada sambutan Maulidr Rasul itu bidaah atau tidak. Bagi saya selagi sesuatu acara sambutan itu membawa kebaikan kepada Ummah harus di sokong.

Walaubagaimanapun, Islam tidak mewajibkan umatnya mengadakan perarakan sempena hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Diwajibkan kepada  umat Islam ialah mengikut apa yang diperturunkan oleh Nabi Muhammad, perarakan bukan satu kemestian. 

Saya yakin setiap kali sambutan, mesti akan terserlah kemeriahannya. Persoalannya ialah, "Apakah ertinya kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad kemudian menolak apa yang diperintahkan baginda.
Jangan pula sambutan dilakukan hanya sebagai suatu tradisi semata-mata, tetapi dari segi penghayatan umat Islam mengecewakan.

Seolah-olah berselawat dan mengenang jasa Nabi SAW dilakukan secara bermusim, tidak sepanjang masa.
Apakah ertinya sekiranya hebat semas berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh?

Semangat dan sunnah Rasulullah mesti dilakukan dan dihayati secara istiqamah dan bukannya bermusim. Beberapa solan di bawah ini, mungkin boleh kita mencari jawapannya bersama-sama untuk muhasabah diri.

1) Berapa banyak sunnah Rasulullah yang kita amalkan?
2) Berapa ramai di antara kita yang betul-betul mengamalkan sunnah Nabi SAW walupun tidak  semua? 
3) Berapa ramai anak-anak remaja kita yang betul-betul mengenali baginda? 
4) Berapa ramai daripada anak muda kita yang menjadikan baginda sebagai role model?
5) Sejauh mana kecintaan kita kepada Baginda SAW?
Sunnah Nabi SAW hanya berlegar-legar pada ruang yang sangat sempit, sesempit pemikiran sebilangan besar masyarakat kita, sedangkan sunnah Nabi SAW meliputi seluruh aspek kehidupan dari sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara dalam aspek kehidupan

Cuba sama-sama kita renung beberapa fenomena ini yang selau berlaku di dalam masyarakat kita:

Kalau hendak kahwin empat, jawapannya, "Ikut sunnah Nabi".
Kalau menipu atau berbohong, jawapannya "Bohong sunat"
Kalau nak bersama isteri, jawapannya "Malam Jumaat, ikut sunnah".

Sekiranya diteliti dengan sedalam-dalamnya, seperti sunnah baginda diperolok-olokkan dan disempitkan. Sekiranya sunnah itu menguntungkan diri, diikut, sekiranya tidak, jauh-jauh ditinggalkan dan tidak diamalkan walaupun hanya setakat menyebarkan salam. Ini golongan kebanyakan daripada masyarakat Islam kita.

Lebih menyedihkan ada satu golongan dikalangan umat Islam sendiri, yang menolak terus sunnah Nabi SAW dan anti-hadith. Ini boleh merosakkan akidah.  Mereka seumpama barah kepada umat Islam lebih-lebih lagi keadaan umat Islam pada masa ini sangat tenat dengan pelbagai krisis akhlak Ini sangat menyedihkan, sedangkan Allah sendiri memperakui kemuliaan Nabi SAW.

Akhir kata, di manakah kita? Golongan pertama atau kedua? Adakah layak kita mengaku sebagai umat Muhammad dan mendapat syafaatnya di akhirat kelak?

Wallah hu a'lam.



Isnin, 15 Februari 2010

By Rumi - Persian poet


CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!

sekali pun cinta telah kuuraikan dengan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri,

meskipun lidahku sudah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang,
sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya,
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta,
dalam menguraikan cinta akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan....

Kisah Cinta 1

Cinta diistilahkan sebagai sebagai tajuk yang "terbungkus" kerana ia merupakan perasaan yang sangat halus. Jauh di dasar agama, ia bersifat "malu-malu'' berwajah seni menjadi rahsia jiwa.

Bila berbicara mengenainya, seolah-olah ia menjadi sangat sulit untuk dimengertikan walaupun diungkap dengan kalimah yang paling indah.

Ghaib adanya tetapi tetap terzahir keindahan dan kewujudannya sehingga kekadang manusia terkeliru dan celaru bila berhadapan dengannya. Berpintal-pintal dan berselirat namun mampu melahirkan keasyikan yan g boleh diistilahkan sebagai "kegilaan".

Selalu kata diungkap "Cinta Itu Buta" apa benar?

Tidak semudah ungkapan itu untuk mentakrifkan CINTA. Cinta itu memerlukan panduan, perincian dan pentakrifan yang mendalam serta terperinci.

Jika cinta itu mampu diwujudkan walau barang sedikit, sesungguhnya ia merupakan suatu anugerah ciptaan Allah SWT seperti firmannya:

"Katakan jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu." (Surah al-'Imran ayat 31)

Rasa cinta itu mesti hadir atas dasar kewajaran yang absalute, tanpa ada belah bahagi. Cinta yang Kudus, hanya satu CINTA AGUNG.

Meminjam kata-kata Francois Duc de La Rochefoucauld;
"True Love is like ghosts, which everybody talks about but few have seen"