Sabtu, 18 April 2009

Masa Muda

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh: maka bagi mereka pahala yang tidak puus-putus." (At-Tin : 4-6)

Pernahkah kita mendengar ungkapan " Semasa kecil bermanja, muda berfoya-foya, tua kaya raya, dan mati masuk syurga". Ini adalah senda gurau sebahagian anak-anak muada untuk menunjukkan yang hidup ini untuk berseronok atau "enjoy", hidup tanpa pengorbanan dan tanpa melakukan amalan-amalan soleh yang dikehendaki oleh Allah SWT dan berakhir kehidupan ini atau mati kelak masuk syurga. Mungkinkah begitu jadinya nanti?

Rasulullah SAW pernah menasihati seorang sahabat yang pada masa itu berusia 12 tahun iaitu Ibnu Umar r.a. Nabi SAW memegang pundaknya latas bersabda,
"Hiduplah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing atau pengembara".
(HR Bukhari)


Ath Thibiy mengatakan tenatang hadith dia atas, Rasullullah SAW mengumpamakan bahawa orang yang hidup di dunia ini seperti orang asing yang tidak memiliki tempat berbaring dan tempat tinggal. Kemudian baginda menambah lagi, seseorang yang hidup di dunia ini seperti pengembara. Orang asing masih boleh tinggal di negeri asing, tetapi berbeza dengan seorang pengembara yang bermaksud menuju ke negeri yang jauh, di kanan kirinya terdapat lembah-lembah, akan ditemui tempat yang membinasakan, dia akan melewati padang pasir yang menyukarkan dan di sana terdapat juga para perompak. Orang itu tidaklah akan tinggal kecuali hanya untuk sebentar sahaja kerana pengembara ini igin segera untuk sampai ke destinasi yang hendak di tuju.

Negeri asing yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah dunia dan negeri tujuannya adalah akhirat. Jadi, hadith ini mengingatkan kita kepada kematian sehingga kita jangan panjang angan-angan. Hadith ini juga mengingatkan kita supaya kita mempersiapkan diri untuk hari akhirat denagn amalan-amalan soleh.

Beramal Semasa Muda Bermanfaat Pada Tua

Pada masa muda inilah kita harus memperbanyakkan amalan soleh sementara kudrat masih kuat, kelapangan masa yang banyak. Bila tua nanti rambut dah beruban, mata dah rabun, tulang dan lemah, gigi dah habis nak berdiri pun terketar-ketar. Itu pun kalau sampai usia tua. Kita mesti ingat dan berwaspada, mati tak kenal tua atau muda, tidak kira masa dan tempat sebab tidak ada jaminan yang hidup dulu akan mati dulu. Bila-bila masa sahaja malaikat maut akan datang mencabut nyawa. Oleh itu beramallah sekarang pada usia muda sementara Allah masih memberi peluang hidup di atas muka bumi ini. Masa tua adalah masa tidak bertenaga untuk beramal. Seseoarang kan melalui masa kecil, masa muda dan masa tua. Masa kecil dan masa tua adalah masa susah untuk beramal, berbeza pada masa muda belia.

Maka beruntunglah orang yang bijak. Siapakah oarang yang bijak? Orang yang sentiasa mengingati MATI dan senatiasa menyediakan bekal berupa amalan soleh untuk menuju ke alam akhirat yang kekal abadi selama-lamanya. Wallahu 'alam.


Selasa, 7 April 2009

Lidah Tidak Bertulang

Penyakit yang paling bahaya menghinggapi lidah kita ialah MENGUMPAT dan menabur fitnah. Tidak ada sesiapapun yang boleh terlepas daripada penyakit ini, termasuk saya. Samada kita sedar atupun tidak. Penyakit ini sudah sebati dalam masyarakat kita. Mengumpat dan menabur fitnah sudah menjadi perkara biasa. Bagi segolongan manusia, tanpa ada rasa berdosa sedikit pun. Tak cukup dengan itu umpat dan fitnah diberi identiti baru dikenali sebagai GOSIP, bunyinya lebih sofistikated. Apapun perkataan dan sebutan, perbuatannya tetap sama.

Ungkapan yang selalu didengar "Bukan nak mengumpat tapi memang benar pun...", bukan nak mengata.... dan banyak lagi.
Saja nak mengungkapkan sesuatu perkara diiringi perkataa "benar", yalah..seolah-olah si pengumpat menyatakan yang dia bercakap benar. Ala-ala "Kisah Benar" lah konon.

Apa tujuan mereka ini? Ini adalah dorongan dari hati yang diselubungi dengan dendam, hasad, dengki, iri hati dan pengkhianatan yang hendak dilakukan ke atas seseorang. Kalau hati tidak senang dengan seseorang itu, maka lidah menjalankan tugasnya. Segala kesilapan orang lain ditabur dengan tujuan supaya orang lain hilang kepercayaan dan sama-sama menyimpan perasaan yang sama dengan pengumpat, kira macam nak buat satu korumlah..

Kalau tidak berjaya menjatuhkan si polan ni, fitnah pula terjadi. Ini "Kisah Tidak Benar". Mereka-reka cerita supaya orang menghukum si polan ni atas kesilapan yang tidak dilakukannya. Kan zalim namanya.

Itulah pengkhianatanyang telah bersarang, mendarah daging dalam hati manusia di atas muka bumi ini. Tindakan-tindakan anggota-anggota lahir yang menjadi jentera untuk mencetuskan pelbagai kejahatan yang berpunca daripada hati yang tidak dididik dengan iman dan amal yang soleh.

Mari kita perincikan dan renung maksud firman Allah ini.

"Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah kamu suka memakan daging bangkai saudaranya yang telah mati? Tentulah kamu benci memakannya".
(al Hujarat: 12)

Maksud sabda Rasulullah SAW:

" Wahai golongan orang-orang beriman yang telah beriman lidahnya, tetapi belum pula hatinya! Janganlah kamu mengumpatkaum muslimin dan janganlah kamu mengintip-intip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip-intip keaibannya dan Dia akan mendedahkannya, meskipun ia berada di tengah-tengah rumahnya".


Jabir bin abdullah ra meriwayatkan: "Ketika kami bersama-sama Rasulullah SAW, tiba-tiba tercium bau busuk yang menyengat seperti bau bangkai. maka Rasulullah pun bersabda;"Tahukah kalian, bau apakah ini? Inilah bau dari orang yang mengumpat (meng-ghibah) orang lain. (HR Ahmad)

Dalam hadith yang lain dikisahkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, "Pada malam Isra' dan Mi'raj, aku melewati suatu kaum yang berkuku tajam ysng diperbuat daripada tembaga. mereka mencarik-carikwajah dan dada mereka sendiri. Lalu aku bertanya kepada Jibril "Siapa mereka?" Jibril menjawab, "Mereka itu suka memakan daging manusia, suka membicarakan dan menjelekkan orang lain, mereka inilah yang genar akan ghibah!".(dari Abu Daud yang berasal dari Anas bin Malik ra). Begitulah Allah mengibaratkan orang yang suka mengumpat dengan perumpamaan yang sangat buruk untuk menjelaskan betapa buruknya tindakan ghibah.

Islam sanagt menghormatinharga diri seseorang dan meghinakan atau memalikan seseorang adalah perbuatan yang keji dan berdosa besar.

Allah SWT berfirman,

"Sesungguhnya orang yang menyenangi tersebarnya perbuatan keji dikalangan beriman, mereka memperlohi azab yang pedih di dunia dan di akhirat..." (An Nur:19)

Maksud sabda Rasulullah SAW:

"Tiada seseorang yang menutupi aib (kecacatan)seseorang di dunia, melainkan di kiamat kelak Allah pasti akan menutupi keaibannya". (HR Muslim)


Wallahu 'alam

-Yang benar itu UMPAT yang bohong itu FITNAH-


Isnin, 6 April 2009

Pesan Buat Iman- Hassan Al Basri-

1. Carilah manisnya amal dalam tiga perkara. Kalau kamu mendapatkannya, maka bergembiralah dan terus mencapai tujuan dan jika kamu belum mendapatkannya maka ketahuilah pintu masih tertutup rapat. Tiga perkara itu ialah:
a. Ketika kamu membaca al-Quran
b. Ketika kamu berzikir
c. Ketika kamu bersujud