Selasa, 9 September 2008

Buat Putera Putri Bangsa....Renungkahlah

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.. Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana dah mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa) Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi.
.

Ya Marhaban Ramadhan..

Alhamdulillah...bersua kembali kita pada bulan yang penuh rahmah dan keberkatan ini. Allah telah bagi kita satu lagi peluang untuk meraikan bulan mulia ini.


Firman ALLAH Ta’ala

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. [Surah Al-Baqarah Ayat 183]

Pengertian Puasa Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Keutamaan Puasa Diantara keutamaan puasa adalah sebagai berikut :
1. Puasa merupakan perisai dari berbagai hawa nafsu.
2. Puasa sangat istimewa dihadapan ALLAH, karena setiap ibadah adalah untuk kepentingan seorang hamba kecuali puasa, sehingga Dia sendiri yang akan membalasnya.
3. Orang-orang yang berpuasa dengan ikhlas akan memasuki syurga melalui pintu khusus yang bernama Al-Rayyaan.
4. Diantara doa yang mudah dikabulkan oleh ALLAH adalah doa orang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka, atau pada saat berbuka.
5. Dari sisi jasmaniyah, puasa berupaya menjaga kesihatan tubuh. Kepelbagaian Puasa Puasa dibezakan atas yang fardhu, yang tathawwu’, yang diharamkan, dan yang makruh. Puasa yang fardhu adalah puasa Ramadhan, puasa kaffarat, dan puasa nadzar. Puasa yang tathawwu’ adalah puasa Dawud (yakni puasa sehari dan berbuka sehari), puasa Isnin dan Khamis, puasa tiga hari setiap bulan (yakni pada Ayyamul Biidh : tanggal 13, 14, 15 setiap bulan qamariyah) = Abu Dzar Al-Ghifari berkata: Rasulullah saw memerintahkan kami untuk berpuasa tiga hari dalam sebulan, yakni pada ayyamul bidh: tanggal 13, 14, dan 15 setiap bulan. Beliau bersabda: Puasa itu (jika dilakukan setiap bulan) seperti puasa sepanjang tahun). HR An-Nasa-i, dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban., puasa enam hari di bulan Syawwal, puasa pada hari Arafah bagi yang tidak berhaji, puasa lapan hari di bulan Dzulhijjah, puasa Taasuu-aa’ (9 Muharram) dan puasa ‘Aasyuuraa’ (10 Muharram), puasa pada bulan-bulan haram yaitu Muharram, Rajab, Dzulqa’dah, dan Dzulhijjah, puasa pada bulan Sya’ban, puasa pada hari dimana tidak punya makanan. Puasa yang dilarang (haram) adalah puasa sunnah seorang wanita tanpa izin suaminya sementara suaminya itu hadir, puasa pada hari syakk (yang diragukan), puasa pada hari ‘Id (baik ‘Idul Fithri atau ‘Idul Adhha), puasa pada hari-hari Tasyriq (yakni 11, 12, dan 13 Dzulhijjah), puasa wanita yang sedang haidh atau nifas, puasa wishal (siang dan malam sekaligus), puasa yang sangat dikhuatirkan akan menyebabkan kebinasaan bagi pelakunya. Sedangkan puasa yang makruh adalah puasa khusus hari Jum’at atau Sabtu dan puasa dahr (puasa setiap hari).
Syarat-syarat Puasa Syarat wajibnya puasa adalah :
• Islam - orang-orang kafir tidak wajib berpuasa.
• Sampai umur - kanak-kanak yang belum cukup umur tidak wajib berpuasa.
• Berakal (siuman)-orang yang gila tidak wajib berpuasa.
• Berkuasa (berdaya) berpuasa - orang yang sakit merbahaya, orang tua yang lemah dan sebagainya tidak wajib berpuasa.
• Bermukim - orang yang dalam pelayaran (musafir) lebih daripada dua marhalah tidak diwajibkan berpuasa, tetapi wajib mengqada'nya di hari yang lain. Adapun syarat sah puasa adalah :
• Islam - tidak sah puasa orang-orang kafir dan orang murtad.
• Berakal atau mumaiyiz - tidak sah puasa orang yang hilang akal atau belum mumaiyiz.
• Suci daripada haidh dan nifas sepanjang siang hari puasa.
• Berniat tiap-tiap malam.
• Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa.
• Pada hari yang sah puasa - tidak sah puasa pada hari yang diharamkan berpuasa. Sunnah-sunnah Puasa
1. Makan sahur (antara tengah malam sehingga terbit fajar) dan mengakhirkannya adalah lebih utama
2. Menyegerakan berbuka
3. Berdoa selama berpuasa dan pada saat berbuka
4. Memberi makan orang yang berpuasa
5. Menjaga semua anggota tubuh dari dosa
6. Banyak bersedekah dan berbuat baik kepada sesama manusia
7. Mandi hadas (karena junub, suci dari haidh, suci dari nifas) sebelum terbitnya fajar
8. Banyak membaca Al-Qur’an dengan disertai tadabbur, dan banyak mempelajari ilmu-ilmu agama selama bulan Ramadhan (lalu diteruskan di bulan-bulan lain)
9. Memperbanyakkan beribadah, terutama dengan beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadhan
10. Melakukan qiyamul lail (qiyam Ramadhan) selama bulan Ramadhan

Batalnya Puasa
1. Makan dan minum
2. Masuknya sesuatu yang zahir kedalam perut melalui rongga tubuh
3. Muntah secara sengaja
4. Haidh , nifas, atau melahirkan
5. Onani (istimna’)
6. Murtad
7. Jima’ (berhubungan kelamin) : Kafarahnya adalah membebaskan budak, atau berpuasa dua bulan berturut-turut, atau memberi makan 60 orang miskin.

Hal-hal yang Dibolehkan Selama Berpuasa
1. Menyiram air ke tubuh atau membenamkan diri kedalam air
2. Bercelak, mencuci mata dengan air, atau memasukkan apapun ke kelopak mata
3. Berbekam, kecuali jika akan melemahkan yang dibekam maka hukumnya makruh.
4. Berkumur-kumur (madhmadhah) atau membersihkan hidung dengan air (istinsyaq), kecuali jika berlebihan maka hukumnya makruh.
5. Merasai makanan sekadarnya, sepanjang tidak sampai ke kerongkongan.
6. Mendapati waktu subuh dalam keadaan junub
7. Wanita yang terputus darah haidh atau nifasnya sebelum shubuh boleh mengakhirkan mandinya pada waktu shubuh. Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan

Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :

عن قضاء فرض رمضان لله تعالى نويت صوم غد
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala. Doa Ketika Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
Sebab-sebab Dibolehkan Berbuka
Pertama. Bermusafir (perjalanan jauh) : wajib qadha’
Kedua. Sakit : wajib qadha’. Jika sakitnya tidak diharapkan kesembuhan maka tidak perlu meng-qadha’ tetapi cukup bayar fidyah.
Ketiga. Hamil : diperselisihkan penggantiannya
Keempat. Menyusui : diperselisihkan penggantiannya Untuk wanita yang hamil atau menyusui : Jika khuatir terhadap dirinya sendiri saja : wajib qadha’ saja Jika khuatir terhadap anaknya saja : • menurut jumhur : wajib qadha’ saja • menurut Imam Syafi’i : wajib qadha dan juga fidyah Jika khuatir terhadap dirinya dan juga anaknya : • menurut Ibnu Umar dan Ibnu Abbas : wajib bayar fidyah saja • menurut Imam Syafi’i : wajib qadha’ saja Kelima. Lanjut usia : wajib bayar fidyah Keenam. Lapar atau haus yang tersangat : wajib qadha’ Ketujuh. Paksaan : wajib qadha’ Keterangan : Membayar fidyah ertinya memberi makan seorang miskin sebanyak hari dimana seseorang meninggalkan puasa. Besarnya fidyah menurut jumhur adalah satu mudd, sedangkan menurut Hanafiyah adalah setengah sha’. Lewat qadha' puasa: • Jika lewat qadha' puasa hingga datang bulan ramadhan yang lain, wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa, dan jika lewat dua tahun, melewati dua kali ramadhan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqadha' puasa itu. Orang yang mati sebelum qadha' puasa: • Orang yang luput puasa ramadhan kerana sakit atau musafir dan ia mati sebelum mengqadha'nya, tidak wajib diikut dengan qadha' atau fidyah dan tidak berdosa. • Jika seseorang itu mati sebelum mengqadha' puasanya dengan ketiadaan uzur, maka walinya hendaklah mengqadha'kannya atau mengeluarkan fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasanya. • Fidyah puasa : Mengeluarkan secupak bahan makanan asasi ( di negara kita - beras) untuk tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, kepada fakir miskin

"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"

Wallahu’alam Al-Haqir ila ALLAH AL-GHANIY: Mohd. Noor Ikhram Husin18 Sya’aban 1429H http://almukminun. blogspot. com/ Rujukan: Kitab Fiqhul Manhaji ‘Ala Mazhabil Imam as-Syafie’